Powered by Blogger.

Tuesday, May 5, 2020

Operasi Polis Di Kawasan Tumpuan Orang Ramai

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti premis makanan, stesen bas dan pasar raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tugas mereka adalah memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa semalam dipatuhi.

"Ini termasuk menjaga penjarakan sosial. Tugas polis kali ini adalah menasihati," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM menubuhkan pasukan petugas khas operasi pematuhan untuk memantau dan menguat kuasa SOP sepanjang pelaksanaan PKPB.

Selain polis, turut diberi kuasa untuk menguatkuasakan pelaksanaan PKPB ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia. - BERNAMA