Powered by Blogger.

Tuesday, May 5, 2020

Kurung Dan Liwat Isteri Ketika PKP, Suami Mengaku Salah Lakukan Serangan Seksual

Kurung dan liwat isteri, nelayan mengaku bersalah lakukan serangan seksual dalam tempoh PKP
IPOH: Seorang nelayan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tujuh pertuduhan, termasuk melakukan serangan seksual terhadap isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Bapa tiga anak dari Seri Manjung itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Lumut antara 16 April hingga 18 April lalu.

Dia menghadapi masing-masing satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung isterinya disamping masing-masing dua tuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya yang juga berusia 36 tahun.

Dia turut menghadapi satu lagi tuduhan memiliki 13 keping VCD lucah antara 1.30 petang 16 April hingga 12 tengahari 18 April lalu di tempat yang sama.

Mahkamah menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM32,500 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Astro AWANI