Powered by Blogger.

Saturday, May 2, 2020

Empat Sekeluarga Serumah Boleh Naik Satu Kenderaan

PKPB: Empat sekeluarga serumah boleh naik satu kenderaan ...
KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa maksimum empat penumpang, dengan syarat mestilah daripada keluarga dan rumah yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah, justeru tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama.

"Mungkin ada yang cuba bawa kawan, ada yang ingkar. SOP (prosedur operasi standard) ini mesti dipatuhi dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Berita Harian Online