Powered by Blogger.

Sunday, June 30, 2019

Bapa Kejam!!! Anak 6 Tahun Diperlaku Seperti Anjing 😡😡😡


SEORANG kanak-kanak diperlakukan dengan kejam selepas dipercayai didera oleh bapanya sendiri dalam kejadian di sebuah perkampungan di Aidar-Mykolaivka, Ukraine.

Mangsa berusia enam tahun dilayan seperti "seekor anjing" dengan badannya dirantai pada bahagian dinding.

Ketika operasi menyelamat, kata pihak polis, mangsa ditemui dalam keadaan sedang melutut di lantai yang kotor.

Pihak berkuasa turut menemui kesan kecederaan pada badan budak lelaki malang itu, dipercayai dipukul oleh bapanya.

Kejadian terbongkar apabila pihak berkuasa melakukan serbuan di rumah berkenaan.

Mangsa yang tinggal bersama dengan bapanya, 37 tahun, dan ibu tirinya, 26 tahun, akan diletakkan di bawah jagaan pihak kebajikan buat sementara waktu.

Ketika soal siasat oleh pihak berkuasa, bapa mangsa mengaku memukul anaknya kerana mahu "mendidiknya".

Dia juga memberitahu media tempatan bahawa tindakan merantai anaknya itu susulan mangsa tidak mendengar teguran.

Lelaki itu kini disiasat kerana kes penderaan dan jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara selama lima tahun. - Astro AWANI