Powered by Blogger.

Thursday, May 9, 2019

Bapa Tergamak Ikat Sebelum R0g0l Dua Anak, Ibu Bersubahat Beri Pil Perancang


BORNEO: Seorang bapa durjana sanggup merogol dua orang anak perempuannya semata-mata untuk memuaskan nafsu dalam kejadian yang berlaku di Borneo, Indonesia.

Lebih malang lagi, ibu mangsa turut didakwa bersubahat dengan suaminya dengan memberikan pil perancang kehamilan kepada kedua-dua anaknya, lapor Daily Star.

Pihak berkuasa mendakwa bapanya mengaku melakukan perbuatan itu berulang kali kepada anak perempuannya.

Ketika kejadian, kedua-dua remaja perempuan yang kini berumur 16 dan 19 tahun itu akan diikat dan dipukul terlebih dahulu sebelum dirogol oleh bapanya sendiri.

Menurut Ketua Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Serantau, perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak tahun 2012 lagi sehinggalah kedua-dua remaja itu mengadu kepada jiran mereka kerana tidak tahan diperlakukan sebegitu.

Kini siasatan sedang dijalankan dan mangsa berada di bawah perlindungan pihak polis.

Jika disabit kesalahan suspek akan menerima hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak. - Astro AWANI