Powered by Blogger.

Thursday, March 21, 2019

Padah Buat Aksi Tengah Jalan Mak Nyah Ini Dihantar Ke Penjara Sungai Buloh


Mak nyah yang menjadi tular kerana berbogel sambil menari di persimpangan Jalan Bukit Bintang di sini minggu lalu, terpaksa berada dalam penjara Sungai Buloh sementara menunggu sebutan kesnya akan datang.

Ia berikutan apabila Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu, Filipina itu tidak ditawarkan ikat jamin dan dia juga tidak mempunyai penjamin selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan berbogel sehingga menganggu kehormatan.

Kent, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Munirah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, Kent didakwa memanjat kereta Honda City warna kelabu dalam keadaan berbogel dengan niat untuk mengganggu kesantunan (kehormatan) seseorang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sultan Ismail di sini pukul 10.40 pagi pada 13 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya B.Rajdeep Singh tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh kerana yang merupakan warganegara asing selain dia tidak mempunyai penjamin rakyat Malaysia.

Berikutan itu mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 22 April depan untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE