Powered by Blogger.

Saturday, November 3, 2018

Video Rafizi Dipukul Di Keningau Ketika Melawat Pusat Mengundi PKR


Pencabar timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata diserang di Keningau, Sabah tengahari tadi.

Rafizi memberitahu Malaysiakini seorang lelaki mendekatinya dari tepi dan memukul kepalanya ketika beliau sedang meninggalkan pusat pengundian sekitar jam 4 petang tadi.

"Saya dikelilingi sekumpulan orang tetapi dia (penyerang) tidak dapat berada terlalu dekat dengan saya. Dia pukul saya di kepala sedikit tetapi tiada kecederaan.

"Malah, kejadian itu berlaku di hadapan semua orang, termasuklah anggota polis.

"Saya akan membuat laporan polis terhadapnya," jelas Rafizi.

Rafizi juga mendakwa pengundian di Keningau dibatalkan kira-kira sejam sebelum ditutup menyebabkan kekecohan di kalangan anggota parti yang menunggu sejak pagi tadi.

"Mereka memutuskan untuk membatalkan pengundian pada saat akhir," dakwanya.

Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Datuk Rashid Din menafikan pengundian di Keningau telah dibatalkan.

"Ia tidak dibatalkan, ia sedang berlangsung.

"Pengundian akan terus dibuka sehingga semua orang selesai memilih," katanya kepada Malaysiakini.