Powered by Blogger.

Tuesday, May 22, 2018

Jika Suami Merajuk Apa Yang Isteri Patut Buat?


Cara-cara nak buat En suami tersenyum kembali. Maklumlah perkahwinan mesti ada suami dan isteri, kalau selalu kita dengar isteri merajuk jangan terkejut mahkluk bernama suami pun kadangkala ada juga rajuknya. 

Berbeza dengan rajuk sang isteri, Orang lelaki walau merajuk dia ada ego tak banyak pun sikit mesti ada. 

Bukan susah sebenarnya nak pujuk suami sebenarnya. Ok, ini tips-tips bagi isteri-isteri yang tengah pening fikir cara nak pujuk suami merajuk. 

1 - CARI WAKTU YANG SESUAI 

Bisanya benda panas mesti kita kena tunggu sejuk dahulu baru boleh pegang kan?? Macam tu la juga bila apabila orang marah, kita kena tunggu waktu dah sejuk sikit dahulu barulah kita boleh cuba untuk dekati. 

2 - BIAR DIA LUAHKAN 

Bagi suami luahkan apa yang terpendam dalam hati, kalau dia tengah luahkan jangan menyampuk, dengar betul-betul jangan melawan dan cuba hadam apa yang di luahkan. Bila dia dah keluarkan, mungkin rajuknya reda sedikit. 

3 - MENGALAH BUKAN KALAH 

Suami dan isteri haruslah saling melengkapi antara satu sama lain barulah hubungan rumahtanga tu aman. 

Kalau dua-dua ego , dua-dua nak tegakkan hujjah , dua-dua tak nak mengalah debat , binasa lah perhubungan. 

Biar mengalah dulu. Mengalah tu kan bukan kalah. Mengalah tu menang. Dia yang tengah marah tu yang tak boleh kawal perasaan dia , dia tidak kuat sebenarnya walaupun badan, lengan dan perut berketak, tapi lemah dengan hawa nafsu,, nafsu amarah 

4 - BIAR SAMPAI DIA SIMPATI 

Kalau hidang makanan kat dia , dia tak nak makan , dia tolak pinggan sampai pecah berderai sekalipun , takpe , sabar. Berhari-hari di buat tak layan? 

Takpe, teruskan doa dan rutin pujukan anda. teruskan hidang makanan atau lipat stok pakaian yang bertimbun (di hadapan dia) atau gosok (seterika) baju dia banyak-banyak untuk persediaan seminggu terus ke, In sya Allah , moga dia terbuka hati dan lahir secebis simpati , terharu dan belas bila tengok usaha anda yang berterusan itu. 

In sya Allah , lembut juga hatinya yang ego dan keras

5 - MINTA MAAF Dahulukan minta maaf. Biarlah isteri (mungkin) tak bersalah pun , ingat, anda akan menang besar jika dahulukan minta maaf dan mengalah. 

Ikut skill masing-masing nak minta maaf. Tulis sekeping nota ke dalam bekal sandwich dan letakkan dalam kereta senyap-senyap tanpa dia sedari. 

Haa kan ada elemen surprise situ. Suami sampai pejabat , sedar-sedar je dalam kereta ada bekal sandwich , bila buka bekal tu , nampak pulak nota, cair jugak la sikit 

6 - SENTIASA CANTIK DAN BERHIAS 

Anda memang sudah cantik di pandangan mata dan hati suami. Sentiasalah pasang badan, tampil cantik-cantik depan suami , dalam rumah, bukan masa di luar rumah sahaja. 

Kat luar , nak tunjuk pada siapa? Nak suruh siapa puji? Ikhlas ke pujian orang luar tu? Nak pakai sendat-sendat , seksi dan lawa-lawa, bermaskara , gincu 40 inci , sembur perfume , pakai la dalam rumah. 

Pasang lagu hindustan , geletek sikit dia dan ajak menari , kejar-mengejar pusing meja makan , pun boleh. Jangan lupa , set cantik shaklee pun ada ye 

7 - GUNA ANAK 

Bagi yang ada anak , boleh manfaatkan strategi guna anak ini. Mungkin boleh suruh anak tanyakan soalan-soalan menyentuh perasaan kepada si ayah. Contohnya : ” ayah , ayah dah tak sayangkan kaklong ke?” , “kenapa ayah marah-marah , adik takut lah” , “ayah , kesian ibu tidur sorang-sorang , nanti ibu nangis hantu datang cekik” 

8 - JANGAN TERLALU MENYIASAT 

Rumah tangga salah satunya dibina atas dasar kepercayaan dan kejujuran. Sebahagian suami rasa rimas dan marah jika anda terlalu nak menyiasat. Selalu baca mesej telefon dia , selalu selongkar beg dia , selalu stalk facebook dia , cuba nak hack password dia , selalu tanya itu ini. 

Baru balik kerja , penat-penat , dah kena tanya soalan macam-macam. Ada suami yang tak kisah , tapi kalau suami tak suka dan sudah beri amaran , jangan buat itu semua , maka jangan lah. 

Kalau dah rasa ragu-ragu dan nak menyiasat sangat , pandai-pandailah pasang strategi. Cari saja penyiasat upahan 

9 - GUNA ORANG TENGAH 

Orang tengah bukan sebarang orang tengah. Tak perlu menceritakan segala-galanya hal rumah tangga. Tak perlu canang seluruh dunia masalah anda. Itu aib. Jaga maruah anda. 

Kalau diarajuk berpanjangan dan anda temui jalan buntu , mungkin jalan terakhir anda perlu jumpa orang tengah. orang yang disegani sang suami. 

Orang yang anda percaya , mungkin suami akan dengar nasihatnya. Jangan salah orang pu Rumah tangga salah satunya dibina atas dasar kepercayaan dan kejujuran. Sebahagian suami rasa rimas dan marah jika anda terlalu nak menyiasat. 

Selalu baca mesej telefon dia , selalu selongkar beg dia , selalu stalk facebook dia , cuba nak hack password dia , selalu tanya itu ini. Baru balik kerja , penat-penat , dah kena tanya soalan macam-macam.

Ada suami yang tak kisah , tapi kalau suami tak suka dan sudah beri amaran , jangan buat itu semua , maka jangan lah.

Kalau dah rasa ragu-ragu dan nak menyiasat sangat , pandai-pandailah pasang strategi. Cari saja penyiasat upahan 9 - GUNA ORANG TENGAH Orang tengah bukan sebarang orang tengah. Tak perlu menceritakan segala-galanya hal rumah tangga. Tak perlu canang seluruh dunia masalah anda. Itu aib.

Jaga maruah anda. Kalau diarajuk berpanjangan dan anda temui jalan buntu , mungkin jalan terakhir anda perlu jumpa orang tengah. orang yang disegani sang suami.

Orang yang anda percaya , mungkin suami akan dengar nasihatnya. Jangan salah orang pula.

Selidik dulu. Mungkin emaknya. ustaznya , pak ngahnya ? Bahagia itu , kita yang pilih! Editor : John Castello